Tuesday, 18 September 2012

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia...


Selamat datang ke blog kami 'Maths Lover' iaitu sebuah blog yang menfokuskan tajuk Bentuk dan Ruang dari tahun 1 hingga tahun 6.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah, Puan Noor Khaliza bt Mohd Khairuddin, ahli keluarga dan rakan-rakan yang banyak menyokong dan membantu dalam pembinaan blog ini.

Blog ini telah dibina secara berkumpulan dan kolaborasi dengan rakan-rakan setugas. Ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus dalam subjek MTE 3106 Resos Dalam Matematik. sepanjang pembinaan blog ini, kami mendapati blog atau internet adalah laluan pembelajaran paling mudah untuk dicapai di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu mengambil kira kos pengangkutan, tenaga tambahan dan kos yang tinggi. dengan kepesatan pembangunan teknologi semasa, internet tetap dapat dicapai walaupun dalam kawasan pedalaman. pembelajaran interatif sebegini seharusnya diterap ke dalam P&P dan dapat diaplikasi oleh guru dan murid dalam meningkatkan muru P&P negara kta.

Semoga pembinaan blog ini dapat membantu kita dalam P&P matematik di dalam kelas,seterusnya melahirkan anak2 yang kreatif dan kritis.InsyaAllah.





ROZIANA BT BAHARUDDIN
SALINA BT ISHAK
LILY YANTY BT MD ASAPAR
NORAZILAH BT WAHID